Monday, August 27, 2012

Bahan Bantu Mengajar : Matematik #5

Untuk pengajaran tema Matematik iaitu Data Handling, bahan-bahan pengajaran maujud agak kurang digunakan di kelas. Namun, berikut merupakan beberapa contoh yang boleh dijadikan panduan untuk pengajaran di masa hadapan.

TETINGKAP PURATA





Boleh dilipat dan dibawa ke mana-mana sahaja! :) 

Cara menggunakan Tetingkap Purata :
  1. Berdasarkan soalan, guru menulis data ke dalam setiap satu tetingkap.
  2. Guru menerangkan tentang formula menyelesaikan purata.
  3. Guru kemudiannya memberikan sedikit masa untuk murid-murid menambah kesemuanya.
  4. Kemudian, guru memberi arahan untuk murid-murid kira berapa tetingkap yang telah digunakan untuk meletakkan data dan jumlah tadi dibahagikan dengan bilangan tetingkap yang digunakan.
Mudah, bukan? :) Ini juga dapat mengelakkan kesalahan hasil kecuaian murid-murid. 


PENEROKAAN PIKTOGRAF






Boleh dilipat dan dibawa ke mana sahaja. Boleh dilekatkan kerana setiap satu perkara diletakkan velcro! :)
Sungguh mengagumkan! Contoh bbm hands-on yang sangat menarik.

PAPAN GRAF BAR MINI





SUAIAN CARTA PAI









Diletakkan dalam kotak dan sangat tersusun. Menarik dan unik! :)


KOTAK PURATA




Disusun dalam kotak dan senang untuk digunakan. Biji pemadam/apa-apa sahaja bahan boleh digunakan dan ini adalah sangat sesuai digunakan kerana berbentuk maujud :)

PENGGUNAAN ICT (POWERPOINT)




:) Awesome and Interesting!